Search me more....

Google
 

Recent Posts

Easy Listening - Click song titles to listen

1,000 inovasi dalam 20 tahun

MEMANG diakui, untuk cemerlang dalam apa-apa bidang sekali pun, ia perlu bermula dengan rasa cinta dan minat yang mendalam. Namun, ia tidak bermakna kita tidak boleh berjaya dalam bidang yang diluar minat kita kerana perasaan itu boleh dipupuk dan disertakan pula dengan kesungguhan. Begitulah serba ringkas yang boleh dis-impulkan daripada pesanan Zulkifli Haron, nama yang tidak asing lagi dalam dunia reka cipta di negara ini. Meskipun dia agak bertuah kerana sememangnya dilahirkan dengan bakat, kreativiti dan imaginasi untuk mereka cipta namun ujarnya,ia bukanlah alasan bagi mereka yang tidak dilahirkan dengan kelebihan itu untuk tidak langsung mencuba. Malah katanya, minat dan kemahiran itu boleh dipupuk sejak masih kecil lagi lebih-lebih lagi ketika di bangku sekolah sekaligus menyemai budaya berfikir secara kreatif dan inovatif di kalangan kanak-kanak seterusnya membudayakannya.

Berkunjung ke bengkel anak kelahiran Palekbang, Kelantan ini yang terletak di Rawang, Selangor baru-baru ini, menjelaskan keadaan sebenar mengapa dia begitu menggalakkan budaya merekacipta di kalangan masyarakat tempatan. Pertamanya kerana sekian banyak teknologi yang boleh dibangunkan bagi menyokong kepada keperluan dalam negara lebih-lebih lagi untuk sektor pembuatan berasaskan industri desa. "Bagi sektor ini, kita tidak memiliki banyak pilihan kepada teknologi luar kerana industri desa ini hanya berkaitan dengan masyarakat tempatan dan hanya 'orang kita' yang boleh membangunkan teknologi berkaitannya," ujar beliau sekali gus menjelaskan mengapa tumpuan penyelidikannya lebih kepada penciptaan teknologi untuk industri berkenaan.
Keduanya tambah Zulkifli, generasi sekarang sangat beruntung kerana mereka mempunyai kelebihan lebih-lebih lagi daripada sudut pendidikan untuk mencambah minat terhadap budaya mereka cipta seterusnya bergelar pereka. Itu belum lagi dikira dengan peluang yang dibuka oleh kerajaan untuk mempamerkan kreativiti rekaan masing-masing misalnya menerusi Pertandingan RekaBentuk Pereka Muda atau program pertukaran pelajar ke Jepun yang tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja. Sekadar berkongsi pengalamannya bergelar pereka cipta yang mungkin boleh dijadikan dorongan kepada mereka di luar sana untuk mengikuti jejak langkahnya, Zulkifli berkata, sikap tidak mudah putus asa merupakan asas utama yang perlu ada di dalam diri mereka yang bercita-cita untuk terjun ke dunia reka cipta. Ini kerana tambahnya, sesebuah teknologi yang dibangunkan tidak akan berhasil dalam masa yang singkat sebaliknya memerlukan tempoh yang panjang sekali gus turut menguji kesabaran.

la juga perlu melalui beberapa peringkat percubaan malah ada reka cipta yang dibangunkannya tidak berjaya dan disinilah sikap tidak berputus asa itu memainkan peranan seterusnya memastikan rekaan itu berhasil. Sikap yang sama turut mendorong Zulkifli selama hampir 20 tahun menjadi pereka cipta dengan lebih 1,000 rekaan telah berjaya dibangunkannya sehingga kini. la termasuk kira-kira 200 reka cipta khusus untuk meningkatkan produktiviti serta pendapatan pengusaha industri desa di seluruh negara yang dibangunkan di bawah syarikat miliknya iaitu Zull Design Autotronik. Sedikit nasihat kepada generasi muda Zulkifli berkata, tidak salahnya untuk menanam cita-cita bergelar seorang pereka cipta kerana kerjaya itu juga sama pentingnya seperti seorang doktor, peguam dan sebagainya. Ini kerana seorang pereka cipta turut menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat menerusi reka cipta mereka yang digunakan untuk meneruskan sebuah kehidupan yang lebih baik. Pulangan kepada seorang pereka cipta juga adalah sesuatu yang cukup berbaloi bukan hanya dari sudut ekonomi malah, lebih utama kepuasan diri sendiri apabila melihat hasil kreativiti dan inovasi itu dikomersialkan. "Pereka cipta muda juga perlu menyemai di dalam fikiran mereka bahawa setiap rekaan yang dibangunkan bukan hanya untuk kepentingan peribadi atau berpandu-kan keuntungan semata-mata sebaliknya idea kreatif dan inovatif itu perlu dikongsi dengan orang ramai," ujarnya.

Mesin membuat bubur caca.
Mesin ini direkacipta menggunakan kaedah pneumatik bagi menekan tepung ke dalam acuan untuk yang akan membentuk bubur caca. Kelajuan mesinnya dikawal menggunakan suis dan penentu masa manakala Teflon digunakan bagi memotong tepung mengikut saiz tertentu dan untuk menolak tepung ke dalam bekas.
la direka menggunakan material yang murah dan mudah didapati seperti besi, pneumatik, kapasitor, tali nilon, aluminium, pemampat udara dan Teflon.
Kelebihan utama mesin ini ialah ia begitu mudah dikendalikan serta menjimatkan masa, tenaga dan kos. Di samping itu, pengguna juga dapat menentukan dengan tepat saiz tepung yang diinginkan dengan mengawal menggunakan pneumatik.

Mesin pelbagai isian.
Mesin ini melakukan proses pengisian air secara konsisten dari sudut isipadu secara automatik, cepat dan teratur yang dilaraskan dengan memprogram PLC.
Pengguna dapat melaraskan isipadu air di dalam botol mengikut kehendak mereka. la juga menjimatkan kos, masa dan tenaga dengan pengendalian yang efisien yang mana mesin ini mampu mengisi 10 botol dalam masa satu minit.

Mesin Mepek.
Mesin ini merupakan mesin aneka kuih yang mana ia boleh digunakan untuk membuat kuih tat, laksa, putu mayam, keropok lekor, maruku dan pelbagai lagi. Pengguna hanya perlu memasukkan adunan kuih ke dalam mesin ini dan ia membentuk jenis-jenis kuih yang diingin dengan mudah dan pantas.
la menggunakan kaedah penumatik untuk menekan adunan ke acuan bagi membentuk pelbagai jenis kuih. Di kawal menggunakan suis dan penentu masa, mesin inijuga menggunakan pemutra (roller) untuk memudahkan pergerakan adunan kuih yang keluar dari acuan mesin. Kelebihan utama mesin mepek adalah menjimatkan masa, kos dan tenaga serta mudah dikendalikan. la juga dapat menghasilkan kuih mengikut kehendak pengguna serta dalam saiz yang sama.

Mesin kuih samprit automatik
Mesin ini menggunakan pemampat udara dan inverter kawalan kelajuan untuk beroperasi. Pengguna akan memasukkan adunan kuih samprit ke dalam salah satu bahagian mesin ini sebelum bentuk kuih samprit yang sama saiz dihasilkan di atas alas kuih. Mesin ini dikawal sepenuhnya secara automatik sekali gus memudahkan kerja-kerja menghasilkan kuih samprit di samping menjimatkan kos dan masa pengguna.
Pengeluaran kuih samprit juga adalah dalam jumlah yang konsisten serta menjamin kualiti dan kuantiti permintaan pembeli. la menggunakan material seperti pneumatik, plywood pengalas kuih, rantai, peng-gulung mini dan kawalan PLC.

Ops Tulen 2007 @ Sikap Tulen

BAHAGIAN PENGUATKUASA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA MALAYSIA
LOT
. 2G3, ARAS 2 & 3, PRESINT 2, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62623 PUTRAJAYA
TEL: 603-8882550
FAX: 603-88826171 - Pengurusan Am, 603-88826081 – Bekalan, 603-88826082 – Harga, 603-88826134 – Pelesenan, 603-88826136 - Harta Intelek, 603-88826126-Aduan

Tuan,

Ops Tulen 2007 @ Sikap Tulen Tanggungjawab Profesional Berlesen

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas,

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna sedang mempertingkatkan aktiviti-aktivrti penguatkuasaan terhadap penggunaan perisian komputer secara tidak sah oleh sektor profesional.

2. la merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987, bagi pemilik tunggal/pekongsian/badan korporat yang menggunakan salinan langgaran (cetak rompak) perisian komputer bagi tujuan komersil. Jika disabit kesalahan, pihak tertuduh boleh didenda sekurang-kurangnya RM2,000 sehingga RM20,000 untuk setiap salinan langgaran dan/atau penjara sehingga 5 tahun. Tambahan lagi, dalam keadaan tertentu, seorang profesional berlesen mungkin akan kehilangan kelayakan untuk menjalankan praktisnya.

3. Kementerian ini mempunyai komitmen yang kuat untuk memastikan kegiatan yang tidak sah tersebut dihapuskan dan telah menjalankan serbuan-serbuan terhadap profesional-profesional berlesen yang disyaki mengggnakan perisian komputer secara tidak sah. Kementerian bukan sahaja akan mengambil tindakan terhadap syatikat mereka tetapi juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap profesional-profesional berlesen secara individu.

4. Berikutan ini, Kementerian ini dengan kerjasama Business Software Alliance (BSA) ingin menasihatkan pihak tuan supaya memastikan hanya perisian kompuler yang sah digunakan dengan menjalankan suatu odit ke atas kesemua komputer-komputer dalam organisasi pihak tuan dan menentukan perisian komputer didalamnya adalah sah.

5. Saya berharap pihak tuan akan memberikan pertimbangan yang serius terhadap perkara ini, Pihak tuan boleh menghubungi pihak BSA melalui Talian Bebas 1-800-887-800 atau www.bsa.orq/malaysia untuk maklumat pengurusan aset perisian komputer (software asset management) untuk menentukan perisian komputer pihak tuan adalah sah, atau jika pihak tuan mempunyai apa pertanyaan. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dalam bersama-sama membanteras aktiviti-aktiviti cetak rompak perisian komputer.

Sekian dan terima kasih. "Berkhidmat Untuk Negara"

Saya yang menurut perintah,

(ISKANDAR HALIM BIN HAJI SULAIMAN)
Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa
Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna


Menghalang nyamuk, segala jenis serangga berkaki enam, pacat dan lintah


“NATURAL BODY STICK”

“Natural Body Stick” - Ianya direka dengan formulasi yang tidak berminyak, senang disapukan, untuk menghalang nyamuk, segala jenis serangga berkaki enam, pacat dan lintah dari mendekati pengguna. Kandungannya dirumus khusus untuk menjaga kesihatan kulit. Ia tidak meninggalkan kesan pada pakaian anda. Sesuai digunakan oleh orang awam, anggota beruniform, pelatih PLKN, kem-kem bina semangat dan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar serta hutan. Tahan lama, bergantung kepada kekerapan guna, jika digunakan setiap hari, ianya boleh digunakan sehingga sebulan. Harga sebotol RM 15 untuk 40 gm.

“BODY & FOOT TALC”

“Body & Foot Talc” - Ianya direka untuk menyerap bau dan lembapan pada badan dan kaki. Lembut, halus dan senang untuk digunakan. Peluh yang terhasil mengandungi bakteria dan funggi / kulat, menyebabkan anggota badan berasa gatal; menghasilkan metabolisma mikrob yang mengeluarkan toksin dan menyebabkan ianya berbau. Sesuai digunakan oleh orang awam, anggota beruniform, pelatih PLKN, kem-kem bina semangat dan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar. Harga untuk sebotol “Natural Body Stick” adalah RM 8 untuk 75 gm.


The Naked Traveler

Jalan-jalan bersama KNizam

Info @ ©Mari Singgah

Tatapan Kaki Pancing


Properties For Sales

Properties For Rent